Kami Ingin Menjemput 10 Blogger ke Acara Ulasan Makanan di Restauran Jepun - Nagomi


Berita baik kepada peminat Santapan Istimewa. Ini adalah pertama kali kami ingin menganjurkan acara ulsasan makanan bersama blogger (blogger food review). Terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah membenarkan pihak Santapan Istimewa mengundang seramai 10 blogger untuk mengikuti jamuan ini. Jika anda sukakan makanan Jepun, ini adalah berita baik untuk anda dan jika anda adalah blogger yang berblog tentang makanan, ini adalah bonus untuk anda. Pihak Santapan Istimewa ingin mengundang seramai 10 orang blogger untuk merasai keenakan masakan Read more

Resepi Mi Tomato


Kita sering kali mendengar tentang nasi tomato. Jika anda rasakan mi tomato adala sesuatu yang unik, anda perlulah mencubanya sendiri. Ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi ianya sangat sesuai dihidangkan untuk santapan minum petang atau pun jamuan Read more

Resepi Nasi Minyak Pelangi


Masyarakat asia sering kali dikaitkan dengan nasi sebagai makanan utama mereka. Nasi minyak merupakana salah satu makanan kegemaran kaum melayu yang boleh didapati pada majlis perkahwinan. Jika anda inginkan kelainan, Resepi Nasi Minyak Pelangi adalah sangat sesuai untuk Read more

Resepi Salad Makaroni Bersayur


Permakanan yang baik adalah permakanan yang seimbang. Orang ramai boleh menikmati makanan yang sihat bukan sahaja menyelerakan tetapi juga mudah disediakan. Resepi Salad Makaroni Bersayur adalah sangat sesuai untuk santapan sekeluarga. Rasanya yang enak dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmatinya Read more

Resepi Ayam Goreng Rempah Melaka


Inginkan sesuatu yang ringkas untuk disediakan? Cubalah resipi Ayam Goreng Rempah Melaka. Masakan yang mudah untuk disediakan dan sangat sesuai untuk santapan pada minum petang. Ianya juga boleh dihidangkan pada bila-bila masa dan juga sesuai untuk makan tengah hari dan makan tengah Read more

Resepi Telur Puyuh Rumpai Laut


Resipi Telur Puyuh Rumpai Laut. Kini anda boleh mempelajari cara-cara untuk memasak telur puyuh rumpai laut. Ianya bukan sahaja lazat tetapi juga sangat mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai banyak masa untuk Read more

Sarapan Barat Asli di Departure Lounge Damansara Uptown


Jika anda inginkan makanan barat sebagai juadah sarapan pagi anda, salah satu tempat yang paling sesuai untuk anda cuba adalah di Departure Lounge. Terletak di tengah-tengah Damansara Uptown, ianya menjadi tumpuan para pekerja untuk singgah dan makan di sana ketika makan tengah hari. Jika anda bercadang untuk singgah di Departure Lounge, anda haruslah mengelakkan diri daripada singgah di sini pada waktu makan tengah hari kerana tempat meletak kenderaan akan menjadi masalah utama bagi anda yang Read more

Kami Ingin Menjemput 10 Blogger ke Acara Ulasan Makanan di Restauran Jepun – Nagomi

Posted on by SantapanIstimewa in Jemputan | 2 Comments

Berita baik kepada peminat Santapan Istimewa. Ini adalah pertama kali kami ingin menganjurkan acara ulsasan makanan bersama blogger (blogger food review). Terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah membenarkan pihak Santapan Istimewa mengundang seramai 10 blogger untuk mengikuti jamuan ini. Jika anda sukakan makanan Jepun, ini adalah berita baik untuk anda dan jika anda adalah blogger yang berblog tentang makanan, ini adalah bonus untuk anda. Pihak Santapan Istimewa ingin mengundang seramai 10 orang blogger untuk merasai keenakan masakan Jepun.

Read more

Resepi Mi Tomato

Posted on by SantapanIstimewa in Resepi | Leave a comment


Kita sering kali mendengar tentang nasi tomato. Jika anda rasakan mi tomato adala sesuatu yang unik, anda perlulah mencubanya sendiri. Ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi ianya sangat sesuai dihidangkan untuk santapan minum petang atau pun jamuan ringan.

Bahan-bahan:

1 kg mi kuning atau 1 kg kue teow – dicelur

Bahan Kuah:

1 kilo tulang daging lembu
200 gm daging lembu
2 tin sup tomato
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit daun saderi dan daun bawang
2 – 3 sudu besar cili kisar
150 gm udang
Garam secukup rasa

Read more

Resepi Nasi Minyak Pelangi

Posted on by SantapanIstimewa in Resepi | Leave a comment


Masyarakat asia sering kali dikaitkan dengan nasi sebagai makanan utama mereka. Nasi minyak merupakana salah satu makanan kegemaran kaum melayu yang boleh didapati pada majlis perkahwinan. Jika anda inginkan kelainan, Resepi Nasi Minyak Pelangi adalah sangat sesuai untuk anda.

Bahan-bahan:

3 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandang
100 gm kacang gajus – kisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar marjerin
6 ulas bawang merah – kisar halus
3 ulas bawang putih – kisar halus
3 cm halia – kisar halus
1 sudu kecil serbuk rempah sup
Pewarna merah, hijau dan kuning
Garam dan gula secukup rasa
Read more

Resepi Salad Makaroni Bersayur

Posted on by SantapanIstimewa in Resepi | Leave a comment

Permakanan yang baik adalah permakanan yang seimbang. Orang ramai boleh menikmati makanan yang sihat bukan sahaja menyelerakan tetapi juga mudah disediakan. Resepi Salad Makaroni Bersayur adalah sangat sesuai untuk santapan sekeluarga. Rasanya yang enak dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmatinya juga.

Bahan A:
2 cawan makaroni yang sudah direbus dan digaul marjerin

Bahan B:
2 cawan bunga kubis – dipotong
6 batang kangkung – dipotong 2 cm
2 cawan sayur campur
1 cawan udang buang kulit & bersihkan – dicelur
10 biji kacang buncis – dikerat 3
6 biji bebola ayam – dibelah dua
3 keping kek ikan – didadu
3 keping sosej – didadu

Bahan C:
3 biji telur rebus – dipotong 4
3 biji kentang – dibuang kulit & didadu
1 biji timun – dibersihkan, belah 2 & dihiris
1 pokok daun salad – dibersihkan & dipotong 2 cm

Read more

Resepi Ayam Goreng Rempah Melaka

Posted on by SantapanIstimewa in Resepi | Leave a comment


Inginkan sesuatu yang ringkas untuk disediakan? Cubalah resipi Ayam Goreng Rempah Melaka. Masakan yang mudah untuk disediakan dan sangat sesuai untuk santapan pada minum petang. Ianya juga boleh dihidangkan pada bila-bila masa dan juga sesuai untuk makan tengah hari dan makan tengah hari.

Bahan-bahan:

500 gm kepak ayam
1 sudu besar jintan manis – disangai dan tumbuk
1 sudu besar ketumbar – disangai dan tumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sm halia – ditumbuk
2 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Read more



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...